data pndptn.html

Halaman Utama|  

PENDAPATAN SAMPINGAN

Salam mesra buat semua pelayar internet yang singgah dihalaman kami. Setelah 20 tahun bergiat dalam bidang rekacipta , Zull Design Autotronic kini merasakan sudah tibanya masa untuk kami membuka peluang kepada pereka-pereka diluar sana yang ingin menyumbangkan idea dan rekaan dalam arena rekacipta tidak kira dalam apa jua bentuk visual , lakaran dan konsep model , prototaip dan tidak semestinya ciptaan yang telah sempurna. Setiap hasil rekaan yang terpilih pihak kami akan mempertimbangkan dari segi pembayaran hasil kerja , manakala idea rekaan yang lengkap dan bersesuaian untuk di jadikan mesin pihak kami akan membuat perundingan harga keatas idea dan rekaan tersebut .Semoga usaha ini direstui Allah s.w.t dan dapat menghasilkan cetusan motivasi kepada pembaca sekalian untuk mendekati bidang rekacipta.

Terlalu banyak permintaan dari individu segenap pelusuk daerah untuk diberikan peluang untuk menyumbangkan idea-idea mereka melalui surat , email serta telefon dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas minat dan komitmen yang ditunjukkan. Kami sentiasa memohon pentujukNya agar dipermudahkan urusan dunia ini semoga dilipat gandakan lagi umat yang maju memartabatkan agama , bangsa dan negara melalui pembangunan teknologi.

Dengan adanya permintaan seperti ini , maka Zull Design Autotronic rasa terpanggil untuk membuka peluang ini kepada pereka-pereka diluar sana untuk menyumbangkan idea anda kepada pihak kami. Dan juga kepada para pengusaha-pengusaha IKS yang masih mempunyai masalah dari segi pemasaran barangan ataupun produk yang diusahakan , kami juga boleh menerima hasil barangan ataupun produk yang diusahakan untuk kami pasarkan bagi pihak anda.Untuk maklumat lanjut, anda boleh berurusan dengan pihak kami melalui talian telefon ataupun email .

Mudah-mudahan pembaca sekalian dapat memberikan sumbangan idea-idea yang kreatif dan bermanafaat seterusnya dapat membantu kami mempromosikan ruangan ini kepada teman-teman , ahli keluarga dan rakan sekerja untuk mempelbagaikan respons yang kreatif. Melalui kaedah ini , ia dapat membantu kita semua untuk bermula secara sendiri dalam menghimpunkan kelompok yang berpotensi berfikir secara kreatif. Sebagai aktivis sosial sokongan saudara-saudari untuk memperkenalkan laman web www.zulldesign.com.my ini kepada khalayak ramai merupakan sumbangan yang amat besar terhadap pembangunan insan dan Insyallah mampu menjadi pemangkin terhadap usaha mempertingkatkan kretiviti rakyat negara ini.


Alamat : No.35,Jalan Seri Pagi 1,Pusat Perdagangan Seri Pagi, 48200 Sg.Choh Rawang, Selangor | Tel : +603-6092 1928 | Fax : +603-6091 4000
Paparan terbaik pada resolusi 1024 x 768 | Hak Cipta © Zull Design Autotronic 2003