<<Menu
Profil & Staff
Latar Belakang
- Rekaan mesin atau alat mengikut spesifikasi yang di tentukan oleh pelanggan .
- Membaik pulih peralatan berteknologi seperti sistem robotik atau mengubahsuai mesin import yang tidak efisyen .
- Kerja menaik taraf projek –projek khas
- Khidmat nasihat , Kursus dan latihan .
- Ternakan ikan air masin di dalam tangki fiber yang menggunakan “Sistem Oceantronic”.
Sejarah ZDA
Zull Design Autotronic memulakan perniagaan dengan kerja-kerja membekal penghawa dingin dan pendawaian bas serta bimbingan teknikal kepada mekanik-mekanik bas milik syarikat MARA HOLDINGS SDN. BHD.
Aktiviti penciptaan pula telah bermula seawal 1986 dengan ciptaan awalnya sebuah kereta yang dipasang dengan sistem automasi dan boleh bergerak sendiri tanpa pemandu.
Produk ZDA mendapat perhatian Kerajaan
Zull Design Autotronic mula dikenali ramai apabila berjaya menghasilkan “LOT 2020″ iaitu sebuah rumah pintar berkuasa solar dan mesra alam, sempena Hari Alam Sekitar 1990 dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong pada masa itu, DYMM Sultan Azlan Shah.
Syarikat swasta juga kini telah mula memberikan penumpuan kepada syarikat kami untuk menghasilkan peralatan yang sukar didapati di negara ini. Kebolehan kami merekacipta mengikut keperluan mereka, kos yang murah dan alat ganti serta penyelenggaraan tempatan menjadikan syarikat kami sebagai pilihan mereka.
Lanjutan daripada kejayaan ini, Zull Design Autotronic berkembang semakin maju dalam perniagaan rekacipta berteknologi dan menerima permintaan menggalakkan dari pelbagai sektor , baik daripada segi pembuatan mahupun khidmat nasihat.
Objektif, Visi & Misi
Objektif
Perniagaan kami mempunyai objektif seperti berikut :
- Menghasilkan rekaan yang bermutu tinggi dan menepati kehendak pelanggan.
- Merekacipta peralatan yang setanding dengan produk luar negara.
- Menghasilkan ciptaan menggunakan komponen tempatan agar memudahkan tugas penggantian alat ganti.
- Menghasilkan ciptaan dengan harga yang lebih murah daripada peralatan import
- Memastikan perkhidmatan selepas jualan yang efisyen.
Visi Kami di Zull Design Autotronic adalah sentiasa memberikan kerjasama dan khidmat nasihat kepakaran dalam setiap rekaan kepada pelanggan sama ada sebelum atau selepas barangan siap dihantar dan digunakan, bagi meyakinkan pelanggan dan seterusnya menjamin kepuasan mereka. Misi ZullDesign Autotronic adalah berusaha meluaskan bidang perniagaan yang berpotensi ini dan melatih anak muda tempatan agar menceburkan diri dalam bidang perniagaan rekacipta. Selaras itu, kami sedang berusaha untuk menambahkan bengkel latihan dan pusat rekreasi bagi melatih dan memberikan ruang pekerjaan buat mereka.
Users online:6 Users Online
