Produk Pelajar
Inovasi Bersama Zul : Mega-Utusan Malaysia
Siapa yang tidak mengenali Zulkifli Haron? Rata-rata rakyat Malaysia mengenali beliau yang pernah digelar McGyver Malaysia kerana kemampuannya menghasilkan reka cipta dan inovasi yang jumlahnya mencecah 2,000 sejak 20 tahun lepas.
Namun Zulkifli jarang berkongsi secara umum, mengenai pengalaman dan anugerah yang diberikan kepadanya melainkan kepada mereka datang sendiri menemui beliau.
Zull Design kini menjadi lambang kejayaannya sebagai sebuah syarikat yang memperkasa teknologi reka cipta. Justeru, beliau telah sudi berkongsi kepakaran tersebut bagi mengajak mereka yang berminat untuk mengembangkan bidang reka cipta, terutama untuk kegunaan sendiri.
Bermula semenjak bulan Ogos 2009, ruangan Sains ini menampilkan sesi bersama pereka cipta terkenal, Zulkifli Haron menerusi Inovasi bersama Zul. Ruangan ini akan disiarkan setiap minggu pada hari Isnin dalam sisipan Mega. Beliau akan menulis artikel – artikel ringkas berkenaan dengan elektrikal, elektronik, mekanikal dan reka cipta.
Ia juga melibatkan penerangan berkenaan dengan cara – cara yang mudah untuk membaiki secara DIY (lakukan sendiri) peralatan – peralatan yang berada di rumah mengikut keadaan semasa.Reka cipta-reka cipta yang akan diterbitkan adalah berdasarkan pengalaman pengkajian yang telah digunakan dalam kehidupan seharian.
Pembaca hendaklah mengikuti dengan teliti supaya setiap reka cipta yang dibina itu boleh di buat dengan jayanya. Pembaca juga boleh menghantar soalan – soalan bersangkut paut dengan reka cipta kepada alamat emel mail@zulldesign.com.my dan pihak Zull Design akan cuba menjawab mengikut giliran pengirim email.
Khusus buat para pembaca yang ketinggalan siri ” Inovasi Bersama Zul “
Kini anda boleh memuat turun keratan akhbar siri-siri yang telah diterbitkan dengan memuat turun fail .pdf melalui link dibawah.
Koleksi 2010
Nota: Link Download Akan Dimasukkan nanti…
|
|

Koleksi 2009
| TAJUK ARTIKEL | FAIL MUAT TURUN |
| Asas Elektrik & Elektronik (Bateri) | Download |
| Motor Arus Terus (DC) | Download |
| Pencuci Paip Tersumbat | Download |
| Penggera Keselamatan Rumah | Download |
| Penjaga Kawasan Dari Penceroboh | Download |
| Penyaman Udara Jenama Sendiri | Download |
| Pum Mekanikal | Download |
| Sistem Tenaga Elektrik Dari Angin | Download |
| Sistem Pembajaan Organik | Download |
| Sistem Penghalau Nyamuk | Download |
Rekacipta Pelajar
|
|
Users online:7 Users Online